Dikir Barat Kebangsaan 2004

Kumpulan Kencana Putra telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memasuki peringkat separuh akhir pertandingan dikir barat kebangsaan anjuran RTM di Pasir Putih Kelantan pada tahun 2004. Gambar dibawah menunjukkan aku disebelah kiri nombor dua dibarisan depan.

Dikir barat Kencana Putra semasa peringkat Separuh Akhir diPasir Putih Kelantan

Mengimbas pertandingan dikir barat kebangsaan, Kencana Putra mula menyertai pertandingan pada tahun 2003 dengan pertama kalinya menyertai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, anjuran RTM atau lebih dikenali sebagai Dendang Rakyat dan hanya sampai keperingkat separuh akhir.

Tahun 2004 adalah tahun kecemerlangan Kencana Putra kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan Dendang Rakyat yang berlangsung secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM dan dinobatkan sebagai Naib Juara.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails