Dikir Barat KK9 (UM)

Johan dikir barat Festivel Seni Univesiti Malaya 2008/2009

gaya diatas pentas dengan jiwa penuh bermaruah
Gambar diambil dari mafaka.org


Ucapan Pengurus Dikir Barat KK9
Assalammualaikum dan salam dikir buat semua, saya Muhamad Afiq Bin Zaini Alamar pengurus pasukan dikir barat kolej kediaman kesembilan (KK9) bagi Festival Seni Universiti Malaya (FESENI 2008/2009), mewakili pasukan dikir barat KK9.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami sama ada dari segi pengurusan, teknikal dan tidak lupa dalam bidang kejurulatihan yang diketuai oleh Abg. epul dan taklupa juga dibantu oleh Abg.daud, Abg.yek, Abg. jali dan Abg.Hailme tanpa anda semua siapalah kami..

Seperti sedia maklum dikir barat
KK9 hampir lima tahun berkubur tanpa diketahui sebab musababnya, tetapi
berkat kesungguhan semua pihak yang tidak kenal erti penat lelah, telah berjaya menghidupkan kembali pasukan dikir barat KK9, sehingga pada
tanggal 27 Mac menjadi saksi kesungguhan pasukan dikir barat kk9, apabila pasukan kami berjaya mendapat tempat pertama, disamping memenangi dua kategori lain
iaitu muzik terbaik dan tok juara terbaik semasa dalam pertandingan FESENI.

Dikir Barat KK9 DiFestivel Seni Univesiti Malaya 2008/2009

Kami sememangnya tidak menduga langsung kejuaraan pada malam itu, kerana saingan pada malam itu sungguh hebat, terutamanya dari kk10, malahan kolej kediaman lain yang menghantar wakil perempuan juga tidak kurang hebatnya.. tetapi rezeki telah berpihak kepada kami akhirnya, alhamdullilah syukur kepada Allah....

Akhir kata daripada saya sekali lagi mewakili pasukan dk barat kk9 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Tok2 guru yang telah mengajar kami terutamanya dari kumpulan dikir barat kencana Putra yang telah banyak memberi pendedahan dalam bentuk basic dari segi pertandingan daripada zero... sampailah boleh berdikir walaupun tidaklah sebagus mana.. Maklumlah dalam menuntut ilmu ini mereka mestilah garang sikit… huhu…

Sekian Terima Kasih.
Pengurus Pasukan Dikir Barat KK9

Muhamad Afiq Bin Zaini Alamar

4 comments:

sharamli said...

fr0m zer0 t0 her0

sayalahfaizul said...

definitely mesmerizing... chaiyok2 guys... ganbaruzo!!!

To Visit My said...

i like your blog......

Fairuz Selamat said...

yup.. from aero to be a hero... yeah.. u did it.... tq for viewing my blog ya... suke blog ko gak

Related Posts with Thumbnails