Jadual persembahan kami pihak penganjur mengatakan pada pukul 10.30pagi apabila aku sampai bersama dua rakan aku ditempat lokasi dijanjikan dalam pukul 9.00pagi dengan terkejutnya aku melihat ramainya kaum-kaum India disitu.. aahhh, sudahh!!! ini pesta Ponggal nii... betul ke tempat nak buat persembahan kat sini.. aku tengok kawan-kawan aku yang lain masing-masing ketawa kemain suka lagi macam menonton rancangan Raja Lawak pulak kat Astro.. cisss!! perasaan aku pada hari tu rasanya nak aje aku terus balik umah.. mana taknya mahu ke dia orang nak tengok dan faham ke? Aduhh!! mampoosslah kita pagi ni....
tengoklah.. tengah berdikir pun boleh main2 lagi..
Kami membuat persembahan lewat lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi biasalahh.. yang ada bangun lewatlah, tak tahu jalanlah lepas tu ada yang terlupa bawa gendang macam-macam hal.. nasib baiklah pihak penganjur jenis tak kisah. Setelah habis membuat persembahan barulah aku merasakan inilah negara Malaysia hidup penuh berbilang kaum dan melambang berbudaya teras kemakmuran negara (ewahh.. semangat nampak..) . Walaupun dikir barat ini asing bagi mereka tapi mereka dapat menerima serta menghormati hak budaya orang lain dan akhir sekali mereka terhibur melihat persembahnan kami.

1 comments:
Nice Stuff!
Commendable Blog indeed!
Dear Blogger, need your valuable feedback for:
www.octandigital.com
Regards,
Mehta
Post a Comment