Minggu lepas aku ambil cuti untuk balik kekampung di Kedah.. Saja je ambil angin dikampung sambil sambil2 menjengok saudara mara family yang sudah lama aku tidak bertanya khabar. Selama aku dikampung aktiviti aku macam biasa lahh.. memancing adalah salah satu aktiviti kegemaran aku.. kalau ada aktiviti tu taklah boring sangat.. stakat balik kampung makan tidur.. huuu.. gua tak boleh beb.. sakit kepala jem kepala otak haaaa...
Jika nak memancing.. aku mesti helloo kat abang aku yang berada dipenang.. disebabkan kerana dialah puncanya aku minat memancing.. kadang-kadang aku sendiri pun pelik macam mana aku boleh minat memancing sedangkan memancing mesti kena orang yang penyabar sedangkan aku...... ? eerrmmmmm....
aku menaiki bot menuju ke Pulau Jerjak..
abang aku tengah memasang peralatan memancing
Jika aku memancing dengan abang.. tugas aku hanya beli umpan dan beli bekalan makan untuk malam sahaja yang lain abang aku uruskan sampailah peralatan memancing semua abang aku uruskan.. aku hanya bawak badan dengan perut je heee....
Selalunya kalau dipulau jerjak mesti tidur semalam disitu.. pagi esok dalam pukul 10 pagi barulah balik.. tapi bekalan malam mesti mau cukup maa... kalau takk.. susahh ooo... jika bab makan ni memang penting bagi aku terutama waktu malam dengan keadaan angin laut yg dingin dan sejuk boleh membuatkan perut aku sentiasa lapar...
Di pulau jerjak kalau memancing malam yang menariknya kita dapat melihat permandangan sekeliling pulau mutiara dengan keindahan lampu2 yang melimpah luah yang membuatkan jiwa cukup tenang dan ditambah dengan keindahan jambatan pulau pinang yang begitu panjang cukup membuat aku bangga menjadi anak malaysia yang mempunyai negara yang aman dan harmoni...
salah satu ikan Siakap Merah yang berjaya ditumpaskan..
Gambar diatas seekor ikan siakap merah yang berjaya aku dapat pada malam tu.. bukan senang nak dapat ikan siakap merah ni.. selama aku memancing dipulau jerjak, inilah pertama kalinya aku dapat merasa menaikkan ikan siakap merah.. memang best beb... selalunya kebanyakan ikan yang selalu aku dapat seperti ikan pari, ikan duri, gelamer, jenahak dan kerapu..
Kepuasan amat cukup terasa semasa berada dipulau jerjak.. cuaca yang begitu baik pada hari itu membuatkan aku bersyukur kepadaNYA kerana memberi aku peluang sekali lagi untuk memancing dipulau ini...

3 comments:
sek0r je la dpt?hu3
Hello,welcome my blog. my blog is about Wholesale cigarettes. for example
555 cigarettes、
Camel cigarettes、
Esse cigarettes、
Marlboro cigarettes and
Newport cigarettes. could you give me some suggestion? i shold thank you very much.
pulau jerjak memang best tmpt dia...hidup anak penang..!!!nanti nak datang lagi bagi tahu k bro..blh join...
Post a Comment