Minggu ni kesihatan aku kurang mengizinkan.. badan2 semua sakit-sakit macam nak demam pun ada.. bila badan jadi seram sejuk mula lah aku risau sangat sebab aku susah nak deman tapi kalau kena memang teruk.. Last aku demam tahun lepas dalam bulan empat.. keadaan masa tu memang teruk sangat seminggu tak boleh bangun… paling seksa sekali kalau bab muntah sampai nak terkeluar isi perut menahan sakit.. fuhh.. harap2 kesihatan aku cepatlah sihat sediakala…
Selamat Hari Ibu Mama..
Pada 10hb yang lalu.. kita telah menyambut hari ibu, mungkin terlewat untuk aku nyatakan disini.. bila datangnya kita menyambut hari ibu.. setiap orang akan mengingati dan menghargai jasa pengorbanan ibu yang menjaga kita sampai ketahap ini.. Bagi aku hari ibu tahun ini adalah yang paling istimewa sekali.. aku telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga yang amat berharga pada hari itu.. Perasaan sedih dan terharu apabila melihat wajah isteriku selamat melahirkan anak dengan penuh ketabahan dan pengorbanan sebagai seorang ibu sejati..
“ Terima kasih mama.. inilah hadiah sempena hari ibu yang cukup bermakna”..
Tepat jam 9.52 malam isteriku selamat melahirkan baby lelaki dihospital Pantai Medical Centre bangsar, Kuala Lumpur. Aku tidak menjangka sama sekali begitu cepat isteriku bersalin kali ni.. sedangkan dijangka pada empat haribulan enam.. kali ini baru masuk 36 minggu.. begitu awal anak aku yang ketiga keluar kali ini… Allamdulillah… yang penting anak aku sihat dan cukup sifat..
Alif Amsyar.. inilah nama anak lelaki aku yang ketiga.. nama ini isteriku yang bagi.. disebabkan pada awal lagi dah buat perjanjian jika baby lelaki isteri aku yang bagi nama.. aku terpaksalah pendamkan hasrat nak letak nama baby perempuan heee.. aku harap kehadiran anak aku yang ketiga kali ini akan menguatkan lagi kasih sayang antara kami dalam keluarga..

3 comments:
tahniah bang... faizul dah anta sms kat abang. bile nak reply nye? ni ngah ade kat KL ni. kim salam kat akak... kim salam kat baby alif skali... comey nyer baby tu...
c0ngret0..hu3..
Tahniah abg..best tgk baby baru lahir ni..rasa sejuk je..nas pun baru dapat anak saudara baru lelaki gak, balik keje tgk dia hilang rasa penat...
Post a Comment