Alhamdullillah… Semangat dan pergorbanan setiap jiwa kumpulan Dikir barat Panji Daha dari sekolah Menengah Taman Dato’ Harun telah membawa satu tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan semula maruah dikir barat negeri Selangor dalam pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2009. Kedah akan menjadi tuan rumah pada tahun ini.. dijangka bertempat di Sungai Petani bermula pada 08 Jun hingga 11 Jun 2009.
Dari awal pertandingan peringkat daerah lagi hinggalah keperingkat negeri Selangor Panji Daha telah menunjukan peningkatan displin yang cukup membanggakan untuk mempertahankan kejuaran dua kali berturut2 untuk melayakkan mewakili negeri Selangor keperingkat kebangsaan pada tahun ni. Perubahan banyak yang telah berlaku semasa persiapan latihan untuk keperingkat kebangsaan untuk mencari kelemahan dalam pasukan bagi mencari formula dan senjata yang kuat supaya dikir barat negeri Selangor ini dihormati ditahap yang tinggi.
Dikir Barat Panji Daha dibawah bimbingan Kencana Putra bertanggungjawab supaya mutu dikir barat tidak lari dari aspek keaslian sebenar.. kecuali para hakim2 yang masih tidak tahu menilai apakah itu dikir barat asli terutamanya dalam bentuk segi pertandingan. Disana nanti aku berharap tiada kesilapan berlaku dari segi keputusan dijalankan. Displin yang tinggi dan pengalaman yang ada pada setiap ahli pasukan akan mengkuatkan lagi pretasi bagi menembus balik kesilapan pada tahun lalu untuk memberi pengajaran berguna dalam pertandingan tahun ini.
Bukan ingin mendabik dada tapi ingin memberi amaran bahawa dikir barat negeri Selangor sudah bersedia akan memberi tentangan sengit untuk meletakkan pasukan dikelompok terbaik dalam Pertandingan Karnival Pencegahan dadah peringkat kebangsaan 2009. Aku berharap tuah diutara nanti akan mendapat keputusan yang terbaik Insya-Allah..


0 comments:
Post a Comment