___________________________________________________
ROM - "Barcelona buat kami nampak bodoh."Demikianlah komen ringkas pemain veteran United, Ryan Giggs selepas mereka tewas 0-2 kepada Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara semalam.
Menurut Giggs, corak permainan yang dipamerkan Barca seolah-olah membuatkan pemain United nampak bodoh sepanjang 90 minit aksi di Stadium Olimpik itu.
"Kali ini, mereka (Barcelona) membuatkan kami kelihatan pasukan bodoh. Mereka menguasai permainan dengan sangat baik dan kami pula selalu gagal untuk mengimbangi permainan, " jelas Giggs yang bermain di bahagian sayap.
"Dipihak kami, amat jelas kami gagal untuk berada pada prestasi terbaik seperti mana yang kami inginkan."
Seperti Cristiano Ronaldo, Giggs juga menilai permainan United berkualiti pada 10 minit pertama, sebelum Samuel Eto'o menjaringkan gol pembukaan.
"Kami kecewa dengan persembahan pasukan. Corak permainan kami langsung tidak berkembang, walhal pada awal permainan, kami banyak mencipta peluang.
"Namun, keputusan sudah ada dan Barca memang tampil sebagai pasukan yang luar biasa. Harus diakui, mereka memang layak untuk memenangi trofi ini." ujarnya lagi.


1 comments:
dikir barat lgik senang kn..he3
Post a Comment