Dalam persembahan dikir barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut dan tok juara (atau dikenali sebagai juara sahaja). Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun pertandingan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat tani di musim menuai padi dan juga majlis perkawinan serta berkhatam. Di samping itu, pertandingan sering diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan mahupun pihak tertentu dan menawarkan pelbagai hadiah berupa barangan ataupun wang.
Dikir barat adalah adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater trandisional lain. Perkembangan teater ini amat unik kerana dikir barat sering berubah bentuk persembahan dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Perkataan dikir barat adalah hasil dari kombinasi dua perkataan, iaitu dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian karut itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi dikir barat, dikir karut, dikir pantun dan dikir syair merujuk kepada perkara yang sama. Walau bagaimanapun, di Kelantan permainan ini lebih dikenali sebagai dikir barat dan di Patani sebagai dikir karut.
Pembaharuan Dalam Dikir Barat.
Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan dikir barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan dendang rakyat, dikir barat mengalami beberapa proses perubahan daripada beberapa segi. Perubahan dan pembaharuan dalam aspek pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.
Kump. Merkang Johan Dikir Barat Kebangsaan 2008
Pada asalnya tiada pakaian seragam dalam permainan dikir barat. Walau bagaimanapun, semenjak diadakan pertandingan dikir barat dalam dendang rakyat kebanyakkan pasukan dikir barat mempunyai pakaian masing-masing. Biasanya, awok-awok memakai baju yang sepasang serta bersamping dan kepala dililit dengan kain yang bercorak batik atau sebagainya. Juara, sebagai ketua berpakaian lain daripada awak-awak, berbaju sepasang dan mengikat kain di kepala dan samping yang juga diperbuat daripada kain batik ataupun songket. Tukang karut pula memakai baju sepasang, baju luar (overcoat) dan mengikat kain di kepala seperti tanjak.
Dari segi persembahan, asalnya awak-awak duduk bersila mengelilingi pembesar suara seperti sebuah bulatan dan tok juara serta tukang karut duduk ditengah. Semenjak diadakan pertandingan, awak-awak duduk bersila dalam dua barisan yang menyerupai bentuk separuh bulatan. Pembesar suara diletak dihadapan barisan hadapan iaitu ditengah-tengah kumpulan. Juara dan tukang karut juga duduk dibarisan hadapan. Alat-alat muzik dipegang oleh awak-awak yang duduk ditepi ataupun dibelakang.
Kump. Seri Budi Naib Johan Dikir barat Kebangsaan 2008
Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi kerajaan, pelajaran, perpaduan dan lain-lain lagi. Begitu pun tidak terdapat lagu-lagu Yang berunsur lucah didikirkan seperti tahun-tahun sebelum adanya pertandingan.
Dikir Barat berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan dikir barat ditanah air. Pada masa yang sama permaian ini telah menjalani beberapa proses perubahan serta pembaharuan. Dikir barat bukanya sahaja berfungsi sebagai arena hiburan tetapi juga mampu menyampaikan amanat kerajaan kepada rakyat dengan berkesan, terutama dalam mengubah cara penghidupan dan pemikiran rakyat sesuai dengan peredaran masa.
Sumber diperolehi dari kementerian kebudayaan, Kesenian Warisan Malaysia.
Tukang Karut Terbaik 2008 Mie Gajah Putih
Gambar ini diambil dari www.dikirbart.net






