Dikir Barat KK9 (UM)

Johan dikir barat Festivel Seni Univesiti Malaya 2008/2009

gaya diatas pentas dengan jiwa penuh bermaruah
Gambar diambil dari mafaka.org


Ucapan Pengurus Dikir Barat KK9
Assalammualaikum dan salam dikir buat semua, saya Muhamad Afiq Bin Zaini Alamar pengurus pasukan dikir barat kolej kediaman kesembilan (KK9) bagi Festival Seni Universiti Malaya (FESENI 2008/2009), mewakili pasukan dikir barat KK9.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami sama ada dari segi pengurusan, teknikal dan tidak lupa dalam bidang kejurulatihan yang diketuai oleh Abg. epul dan taklupa juga dibantu oleh Abg.daud, Abg.yek, Abg. jali dan Abg.Hailme tanpa anda semua siapalah kami..

Seperti sedia maklum dikir barat
KK9 hampir lima tahun berkubur tanpa diketahui sebab musababnya, tetapi
berkat kesungguhan semua pihak yang tidak kenal erti penat lelah, telah berjaya menghidupkan kembali pasukan dikir barat KK9, sehingga pada
tanggal 27 Mac menjadi saksi kesungguhan pasukan dikir barat kk9, apabila pasukan kami berjaya mendapat tempat pertama, disamping memenangi dua kategori lain
iaitu muzik terbaik dan tok juara terbaik semasa dalam pertandingan FESENI.

Dikir Barat KK9 DiFestivel Seni Univesiti Malaya 2008/2009

Kami sememangnya tidak menduga langsung kejuaraan pada malam itu, kerana saingan pada malam itu sungguh hebat, terutamanya dari kk10, malahan kolej kediaman lain yang menghantar wakil perempuan juga tidak kurang hebatnya.. tetapi rezeki telah berpihak kepada kami akhirnya, alhamdullilah syukur kepada Allah....

Akhir kata daripada saya sekali lagi mewakili pasukan dk barat kk9 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Tok2 guru yang telah mengajar kami terutamanya dari kumpulan dikir barat kencana Putra yang telah banyak memberi pendedahan dalam bentuk basic dari segi pertandingan daripada zero... sampailah boleh berdikir walaupun tidaklah sebagus mana.. Maklumlah dalam menuntut ilmu ini mereka mestilah garang sikit… huhu…

Sekian Terima Kasih.
Pengurus Pasukan Dikir Barat KK9

Muhamad Afiq Bin Zaini Alamar

Latihan akhir dikir barat KK9

Sudah lama kolej Sembilan tidak mengambil bahagian dalam Festivel Seni Univesiti Malaya dalam acara Dikir barat.. dan pada tahun 2009 inilah masanya untuk membuktikan bahawa masih ada bergemarnya lagi sinar kumpulan dikir barat kolej Sembilan bagi memberi saingan dalam pertandingan dikir barat pada tahun ini.

Gambar dibawah menunjukan malam latihan terakhir bagi dikir barat untuk persediaan pertandingan sebenar supaya menimba pengalaman untuk membuktikan bakat kemapuan kamu dalam pertandingan pada tahun ini dan Abg. Epul harapkan yang paling penting adalah perpaduan dalam kumpulan kamu untuk melahirkan sifat semangat ingin belajar...

Gaya awak2 barisan depan bersemangat semasa latihan terakhir

Wajah2 barisan belakang yang susah sangat nak ceria

Barisan alat muzik yang terbaik.. (mujur ada.. heee)
Gaya tkg. karut dan sebelah kanan tepi skali barisan hadapan tok' juara

Majlis Kenduri Kawin (Klang)

Haii.. nampaknya bulan ni sahaja dah dua kali buat persembahan dimajlis kenduri kawin.. tapi kali ni diarea klang.. nama tempat aku pun dah tak ingat dahh.. hampir sejam mencari jalan ketempat majlis kenduri kawin (sudah sesat daa..) aduhh!!.. cukup susah kalau dah masuk area kampung yang tak ada nama jalan... asyik dok main pusing kereta jelahh..

Wajah2 yang sudah mengantuk kerana sudah lama menunggu...
(lepak kedai teh lagi
bagus hee..)


Persembahan dikir barat pada malam tu ada dua kumpulan yang terlibat.. salah satunya kumpulannya dikir barat terhebat dilembah klang kumpulan Warisan Muda Mascobi. Memang cukup meriah pada malam tu dengan ada kehadiran tukang karut tersohor dari kelantan iaitu Tuan Kob Raja Saring dan tukang karut terbaik 2008 Mie Gajah Putih.

Pada awalnya dijanjikan start persembahan pukul 9.00 malam.. Tunggu punya tunggu pukul 10.00 malam barulah acara bermula.. apabila keadaan begini berlaku jadi letihlah budak2 menunggu.. bila jadi lagu tu mulalah rasa malas nak dikir.. mengantuk nak tidur pun ada... dan ditambah pula dengan sound system kurang memuaskan...

Tapi walau bagaimanapun persembahan pada malam itu memang cukup meriah.. cuma malam tu terlalu singkat sangat masa.. tak boleh lama sangat nak berdikir disebabkan pada awalnya bermula terlalu lewat...

-Tukang karut-
Dari kiri-Mie Anak Rimau, Mie Gajah Putih, Tuan Kob Raja Saring dan Mascobi


Gambar ini diambil dari mafaka.org

Aduhh.. Letihnya Dikir...

Main dikir barat di Seri Ampang amat cukup meletihkan aku.. dengan cuaca yang cukup panas dan keadaan tempat berdikir yang amat sempit boleh membuatkan aku tak ada angin nak berdikir... Jam menunjukkan pukul 2.30petang, ada kesuara nak melalak tengah hari buta ni... aduhh!!! dengan keadaan budak dikir yang tidak cukup terpaksalah teruskan jugak untuk melangsaikan hutang-hutang pada tuan rumah..

Muka-muka yang terlibat dalam dikir barat di Seri Ampang

Sebenarnya group aku dijemput untuk buat persembahan dimajlis kenduri kahwin, majlis tu bukannya orang lain member2 group kita org jugak.. walau pun dengan keadaan kehadiran budak2 yang tidak cukup terpaksalah kena buat walupun sebelah kaki.. Masa sampai cuaca pada hari tu cukup panas aku mula terfikir.. ada berapa orang kita hari ni? hai.. sebelas orang je yang datang.. nak berdikir apa macam ni.. nak pergi main fulsal boleh lahh..

Aku dah biasa dengan keadaan macam ni bila ada show.. bagi aku ada bagusnya jugak kalau tak ramai... sekurang2nya budak2 tak bolehlah nak curi tulang.. kalu datang ramai pun suara tak keluar setakat duduk saja baik duduk rumah... Bila terjadinya keadaan macam ni kadang2 tu memang cukup meletih kepala otak, badan dan segala2nya.. ditambahkan jugak dengan cuaca yang panas dan tempat berdikir yang kurang memuaskan.. Aduhhh.. tensionnyeee...

haaa.... terima ajelahh... yang penting tuan rumah puas hati..

Gambar diatas menunjukkan inilah tempat group aku berdikir.. nasib baik budak2 tak ramai.. nak taknak kenalah buat jugak.. orang dah bayar kalau free tak tahulah nak cakap.. kena tanya boss lah.. Inilah hakikat kadang2 tu kita harus kena hadapi suasana begini untuk memuaskan hajat tuan rumah.

Aku sangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan turun ditengah hari hee.. hee.. semasa berdikir cuaca mula mendung rasanya nak hujan ni.. lega rasanya kurang sikit tekanan menahan panas pada mulanya. Lepas je habis tarik lagu akhir wau bulan hujan pun turun selebat-lebatnya.. Alhamdullilah syukur pada tuhan.. kalau tak kerana nak hujan mungkin lama lagi kot nak habis.. haa..haaa....

Cuaca dah ok dah.. bolehlah kita berambus dari sini.. duit dikir pun dah dapat.. hee..

Pesta Ponggal Vizha..

Sejarah pengalaman aku selama terlibat dalam dikir barat inilah pertama kali membuat persembahan dihadapan kaum India sempena pesta Ponggal Vizha mereka. Kencana Putra membuka tirai persembahan pada tahun 2009 ni dengan penuh berjiwa semangat rakyat Malaysia ( ia ke tu boleh percaya ke hee.. hee..) walaupun pada awalnya susah untuk aku menerima adakah kaum-kaum india ini boleh menerima kesenian dikir barat.

Inilah barisan yang terlibat dalam pesta hari itu

Jadual persembahan kami pihak penganjur mengatakan pada pukul 10.30pagi apabila aku sampai bersama dua rakan aku ditempat lokasi dijanjikan dalam pukul 9.00pagi dengan terkejutnya aku melihat ramainya kaum-kaum India disitu.. aahhh, sudahh!!! ini pesta Ponggal nii... betul ke tempat nak buat persembahan kat sini.. aku tengok kawan-kawan aku yang lain masing-masing ketawa kemain suka lagi macam menonton rancangan Raja Lawak pulak kat Astro.. cisss!! perasaan aku pada hari tu rasanya nak aje aku terus balik umah.. mana taknya mahu ke dia orang nak tengok dan faham ke? Aduhh!! mampoosslah kita pagi ni....

tengoklah.. tengah berdikir pun boleh main2 lagi..

Kami membuat persembahan lewat lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi biasalahh.. yang ada bangun lewatlah, tak tahu jalanlah lepas tu ada yang terlupa bawa gendang macam-macam hal.. nasib baiklah pihak penganjur jenis tak kisah. Setelah habis membuat persembahan barulah aku merasakan inilah negara Malaysia hidup penuh berbilang kaum dan melambang berbudaya teras kemakmuran negara (ewahh.. semangat nampak..) . Walaupun dikir barat ini asing bagi mereka tapi mereka dapat menerima serta menghormati hak budaya orang lain dan akhir sekali mereka terhibur melihat persembahnan kami.
Related Posts with Thumbnails