Cerita minggu ni disebalik Latihan kumpulan dikir barat kencana putra.. Pada hari selasa malam rabu lalu kumpulan ini telah mengada latihan harian biasa bagi memberi ruang pada budak budak baru yang berminat dalam kesenian dikir barat.
Selalunya Kencana Putra mengadakan latihan pada setiap malam sabtu sahaja dan pada hari selasa lalu hanya latihan tambahan bagi budak budak peringkat baru untuk mengenal lagu2 yang dibawa oleh Kencana Putra. Pada sesi latihan malam itu terlalu banyak yang harus di pelajari dari semua aspek tidak kira dari segi muzik atau pun dari segi lagu yang dibawa.
Keahlian dikir barat Kencana Putra tidak begitu ramai jika di bandingkan kumpulan dikir barat yang lain dilembah klang.. kebanyakkan ahli dalam Kencana Putra kesemuanya peringkat2 baru yang akan meneruskan kesinambungan yang setelah sekian lama terhenti.
Pembentukan kembali Kencana Putra dalam kesenian dikir barat di lembah klang tidak lah begitu serius jika dibandingkan pada awal tahun 2000.. ianya sekadar sebagai aktiviti riadah setiap malam sabtu untuk berjumpa dengan kawan2 dalam berdikir barat.
Sudah hampir empat tahun kumpulan ini mencari tempat yang sesuai untuk berlatih.. setelah tempat latihan lama diroboh oleh MPSJ.. disebabkan itulah terhentinya aktiviti kumpulan ini..
Pembentukan balik kumpulan ini telah memberi sedikit masalah terutamanya dalam bentuk keserasian, kepaduan dan yang paling penting kefahaman dalam bentuk lagu berdikir barat itu sendiri..
Alhamdullilah.. kini Kencana Putra mendapat tempat latihan baru (gambar) kami mengucapkan terima kasih kepada tokeh kedai (bob) yang sudi membenarkan kumpulan kami membuat latihan disitu.. ianya cukup memberi keselesaan bagi Kumpulan kami untuk berlatih.
Tahun ini tidak banyak yang boleh aku ceritakan perjalan kencana putra dalam dikir barat di lembah klang.. ianya sekadar permulaan awal dalam pembentukan kembali pasukan yang sekian lama menyepi.. kini aku bersyukur.. kerana masih memberi ruang pasukan ini berkumpul kembali dan membentuk pasukan yang sekian lama terhenti di pentas dikir.. ~InsyaAllah



